Cerita apa saja. Celoteh apa saja.

Cerita apa saja. Celoteh apa saja.

Monday, 22 August 2011

Hutang bank gergasi

Tadi saya bercerita mengenai hutang orang marhen. Mari kita lihat hutang golongan jerung!

 Wajah-wajah CEO bank-bank gergasi ini.

Gambar daripada artikel berkenaan.

Berdasarkan artikel ini, bank-bank besar Amerika dan dunia telah meminjam sebanyak USD1.2 trillion! Jumlah yang amat banyak melebihi KDNK semua negara kecuali negara-negara G7 dan China. Bayangkan jumlah ini dipinjamkan kepada bank-bank besar. Mudahnya mereka mendapat pinjaman daripada Rizab Persekutuan (Fed) Amerika. Aset yang menjadi cagaran pun ada yang terdiri daripada aset berisiko tinggi - saham-saham, bon-bon bertaraf "sampah" dan aset sekuriti tidak bertaraf (tidak diketahui baik atau tidaknya). 

Betapa mudahnya bank-bank ini mendapat pinjaman. Malah, sebahagian pinjaman ini faedahnya hanya sepertiga faedah biasa! Inilah kelebihan menjadi jerung dan gergasi berbanding marhaen. Orang akan tolong kerana dikhuatiri jika gergasi dan jerung ini jatuh, ia akan menimpa golongan marhaen. Maka, mungkin lebih marhaen yang akan jadi mangsa. Kebobrokan bank-bank wajib disekat oleh pemimpin dunia bagi mencegah lebih banyak keburukan daripada berlaku. Masalahnya, semua usaha baik bagi mengatasi masalah ini hanya akan dilakasanakan pada tahun 2015 dana 2018. Inilah dasar kapitalis, hanya menjaga tembolok orang kaya sahaja. Meritokrasi pada dasarnya bagi memberi kelebihan kepada golongan kaya yang mempunyai wang dan kuasa untuk membeli apa sahaja!

No comments:

Post a Comment