Akhirnya US hilang status AAA bagi penarafan hutangnya! Ini biasanya bermakna sesebuah negara perlu membayar lebih sebelum boleh menjual bonnya bagi mendapat duit. Penarafan AAA bermakna ia adalah pelaburan yang amat selamat dan boleh diyakini.
Walaupun hanya S&P yang menurunkan taraf dan tidak diikuti oleh Fitch dan Moody, kesannya boleh jadi buruk. Menariknya, ia diumumkan selepas pasaran ditutup agaknya bagi mengurangkan kesan parah panik pelabur. Mungkin selepas 2 hari bercuti, pelabur akan kembali tenang dan pasaran akan lebih rasional. Hmmm... mungkin mimpi sahaja. Pasaran saham kini sudah gila. Penarafan ini mungkin akan menggilakan lagi saham dan peristiwa tahun 2008 (selepas bankrapnya Lehman Bros) mungkin berulang minggu depan.
Tiada siapa tahu dengan tepat. Tetapi setiap pelabur saham perlu berani menghadapinya. Tunggu juga masa yang baik untuk masuk semula saham. Ketika ini, kebanyakannya pelabur asing yang keluar dari Bursa Malaysia (Bursa). Minggu depan, mungkin panik akan menyebabkan pelabur tempatan juga keluar!
Harapnya, ia tidak memberi banyak kesan kepada golongan marhaen seperti kita. Biasanya, orang kaya akan terus kaya tetapi orang marhaen akan terus menderita! Berpunca daripada orang kaya! Akibat terlalu berpolitik, semua orang menerima bahananya. Inilah pengajaran yang harus kita ambil iktibar. Malaysia juga akan jatuh ke tempat yang sama jika kepentingan politik mengatasi segalanya!
No comments:
Post a Comment