Akhirnya yang ditunggu telah tiba! Pasaran saham terus merudum di seluruh diakibatkan oleh penurunan taraf US oleh S&P dan beban hutang di Eropah. Berdasarkan penilaian awal, penurunan ini akan mengambil masa yang lama melainkan ada usaha yang baik bagi mengekang masalah ini berlarutan. Ekonomi US mungkin meleset tetapi ada yang optimis mengatakan ia hanya sementara dan kemelesetan tidak akan berlaku. Tiada siapa yang tahu melainkan kita boleh tunggu dan lihat. Warren Buffet, jutawan dunia, masih yakin dengan ekonomi US. Beliau mungkin betul!
Bursa Malaysia hari ini merudum teruk pada awal pagi dan demam pada tengahari. Ia bagaimanapun pulih sedikit pada sesi petang diakibatkan oleh "bargain hunting" - jualan murah. Bila lagi kita boleh beli saham-saham terpilih (dan tidak terpilih!) pada harga rendah! Inilah masanya. Sesiapa yang membeli pada tgh dan menjualnya pada waktu petang sudah mendapat untung! Saham ini seperti saham MSM, PCHEM, ARMADA yang menjunam teruk dan pulih pada petangnya.
Keadaan ketika ini agak teruk kerana saham di Eropah masih meneruskan penurunan. Maka, mungkin pemulihan Bursa pada hari esok adalah malap. Jika saham turun lagi, buatlah penilaian bijak untuk membeli atau menjual. Sekarang mungkin masa terbaik dalam masa terdekat untuk membeli - atau mungkin. tidak Berdasarkan pemerhatian semasa, mungkin masa yang baik!
Orang politik di US masih menunding jari menyalahkan orang lain dengan masalah ini. Betapa Republikan (Republican) menyalahkan Demokrat (Democrat) sedangkan masalah ini bermula dari zaman Bush lagi. Kemudian, mereka berdolak-dalik sehingga ke saat akhir sebelum bersetuju dengan penyelesaian bagi masalah hutang US. Keaadan ini juga menyebabkan masalah bagi Obama untuk menghadapi pilihanraya tahun depan. Biasalah, akhirnya, rakyat marhaen menjadi korban jika kemelestan/ penurunan ekonomi berterusan.
Pengajarannya, uruslah perbelanjaan dengan baik. Hidup sekadar termampu. Pinjam dengan niat membayar dan untuk pelaburan yang lebih menguntungkan. Buat keputusan bijak dalam pelaburan dan ambillah masa yang singkat ini untuk memasuki pasaran ketika saham jatuh teruk kerana "jualan murah" ini MUNGKIN tidak akan tiba untuk beberapa tahun lagi.
No comments:
Post a Comment