Pandangan selatan White House
Amerika berhutang, semua negara berhutang, semua orang berhutang.... bezanya? Amerika berhutang dalam trillion - hampir USD14.3 trillion. Amerika hampir muflis! Amerika mungkin tidak akan mampu berbelanja mewah selepas 2 Aug 2011. Hanya 60% perbelanjaannya datang daripada pendapatan. Selebihnya datang daripada pinjaman! Kira-kira USD2 trillion hutang Amerika datang daripada China. China memang kaya-raya dan China masih yakin yang Amerika mampu bayar hutang dan faedahnya sekali.
Jika Amerika bankrap, bayangkan kesannya kepada dunia. Hutang sekuriti yang digambarkan sebagai paling selamat tidak lagi selamat. Bukan sahaja faedahnya tiada, malah prinsipal mungkin dikurangkan. Apa jadi kepada pemiutang (creditor) Amerika? Apa mungkin jadi kepada ekonomi dunia? Kesannya mungkin amat buruk. Kita hanya boleh jangka. Jika kerajaan Amerika tidak mampu bayar gaji, maka ada pekerja tidak mampu berbelanja. Perbelanjaan kurang terutama barang import yang mahal (termasuk dari Malaysia!) Pengeksport kurang pendapatan, kerajaan kurang cukai. Bank juga terima kesan jika terlibat membeli hutang Amerika (US Treasury Securities) secara langsung atau tidak langsung... Jadi dunia mungkin mengalami kemelesetan yang buruk!
Amerika berbelanja mewah selepas 1998 sehingga menimbun hutang. Clinton bejaya memerintah dengan lebihan bajet berbanding Bush yang hanya menambah hutang, menambah musuh, perang sana-sini dan memotong cukai kepada orang kaya! Memang hebat Bush ini!
Sehingga sekarang kompromi untuk selesai masalah ini belum tiba oleh sebab Republikan yang pro-orang kaya. Mereka sanggup memotong perbelanjaan kesihatan rakyat tetapi tidak mahu naikkan cukai orang kaya. Dasar orang politik yang tamak. Sedangkan rakyatlah yang memilih mereka ke tampuk kuasa! Rakyat Amerika sendiri sudah
bosan dengan ding-dong yang tidak berkesudahan ini. Entah bila akan selesai. Tarikh akhir sudah hampir!!!
Bagaimana jika kerajaan Malaysia sebegini? Ada yang diberi mandat oleh rakyat tapi masih terpekik-terlolong seperti kera kena belacan. Mereka dibayar dengan duit rakyat untuk berkhidmat dan bukannya menjadi seperti haiwan di Zoo. Mereka lebih pentingkan politik daripada yang lain. Ada kebaikan yang dibawa, tetapi keburukan terbentang di depan mata! Entah bilakah politik Malaysia akan matang!
Kecewa...
*gambar dari internet, bukan milik saya...